MH370: Kami Juga Mahukan Jawapan, Kata Chew Kepada Keluarga Warga China

Diterbitkan: Jumaat, 11 April 2014 11:05 PM

Chew Mei Fun

Chew Mei Fun.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Malaysia tidak mempunyai niat juga tiada kemampuan untuk menyembunyikan fakta dalam kes kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 , kata Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

"Kami tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi dan mereka juga tidak mungkin akan merahsikannya di dalam era ini di mana teknologi dan komunikasi begitu maju.

"Jika anda tidak percaya kepada kami, adakah anda akan mempercayakan negara-negara yang mengambil bahagian dalam operasi mencari?" kata Chew pada taklimat kepada waris keluarga penumpang warga China di Lido Hotel di sini.

Chew, yang dilantik pegawai khas oleh Kabinet untuk meneliti perkara-perkara berkaitan dengan keluarga penumpang berkata, beliau akan berurusan dengan kesemua mereka dengan sabar dan hati yang terbuka.

Ahli-ahli keluarga penumpang berkata, kebajikan mereka sendiri adalah perkara kedua dan menegaskan bahawa mereka mahu mendapatkan jawapan kepada pertanyaan mereka yang dibangkitkan beberapa minggu lalu.

Sebahagian daripada mereka begitu beremosi semasa taklimat yang berlangsung selama tiga dan setengah jam itu, bagi menuntut jawapan kepada permintaan mereka.

Chew bagaimanapun berkata, "Saya harap anda dapat memahami bahawa kami tidak dapat memberikan jawapan kepada beberapa soalan-soalan anda, kerana kes itu masih dalam siasatan.

"Kami di sini dengan niat yang baik. Kami tidak menyembunyikan maklumat daripada anda dan kami juga sedang mencari jawapan," katanya

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan