Pemilihan PKR: Anwar-Azizah Kekal Berentap

Diterbitkan: Jumaat, 11 April 2014 1:09 PM

Anwar dan Wan Azizah masing-masing tidak berganjak daripada pendirian untuk merebut kerusi Presiden PKR.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disahkan berentap dengan suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merebut kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan hujung bulan ini.

Walaupun spekulasi mengatakan bahawa kemungkinan salah seorang daripada mereka bakal menarik diri pada saat akhir, namun kedua-dua mereka tidak berganjak dengan pendirian masing-masing sehingga tempoh penarikan diri berakhir pada Khamis.

Pengesahan perebutan sengit antara Wan Azizah dan suaminya itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

"Sehingga kini dua nama itu (Wan Azizah dan Anwar) tetap bertanding bagi jawatan presiden. Tiada mana-mana pihak yang menarik diri," katanya.

Bagaimanapun Johari berkata sama ada Anwar mahupun Azizah, mereka masih boleh menarik diri pada saat-saat akhir sebelum pemilihan berlangsung.

"Selepas ini pun masih boleh tarik diri...kita tak halang. Tapi kalau boleh buatlah keputusan sebelum 15 April ini kerana selepas tarikh itu kita akan hantar senarai nama untuk dicetak dalam kertas undi.

"Bezanya ialah kalau tarik diri selepas ini, wang deposit tidak akan dipulangkan. Malah jika nombor pencalonan sudah dicetak, undi untuk mereka akan dikira sebagai undi rosak," katanya.

Sebelum ini ramai pihak menjangkakan Wan Azizah yang juga penyandang jawatan Presiden sejak 1999 akan menarik diri bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menang tanpa bertanding.

Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku dan persaingan antara Wan Azizah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, iaitu Anwar dijangka berlangsung.

Tags / Kata Kunci: PKR , Kajang , Permatang Pauh

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan