Tuduhan Mengenai Lawatan Kerja Ke Dubai Tidak Berasas, Dokumen Tidak Disahkan

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 5:12 PM

Muhyiddin Yassin.

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Dokumen yang didedahkan dua anggota Parlimen berhubung lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai bukan jadual sebenar sebaliknya draf awal program yang masih dalam perbincangan, demikian menurut Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wakil media yang membuat liputan sempena lawatan kerja itu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tuduhan dua anggota Parlimen DAP berkaitan lawatan kerja itu seperti yang dilaporkan portal dan blog adalah melulu, tidak berasas dan berniat jahat.

"Tindakan mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa dengan hanya berasaskan satu dokumen yang tidak disahkan adalah satu perbuatan yang tidak profesional," menurut kenyataan itu.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan itu kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab Anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong yang seolah-olah menggambarkan lawatan kerja Muhyiddin untuk memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan menarik pelaburan asing ke Malaysia itu sebagai satu percutian yang membazir wang rakyat.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa dalam jadual akhir yang dimuktamadkan, Muhyiddin mempunyai aktiviti rasmi yang ketat sepanjang berada di Dubai dari 7 hingga 12 April untuk lawatan kerjanya.

"Adalah menjadi kelaziman dalam mana-mana program lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke luar negara akan terdapat beberapa perubahan pada draf jadual lawatan sebelum ia dimuktamadkan.

"Ini kerana jadual yang diatur tertakluk kepada pengesahan pihak-pihak yang terlibat di negara yang hendak dilawati," menurut kenyataan itu.

Kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu memberikan contoh di mana draf jadual lawatan yang didedahkan dua anggota Parlimen itu tidak mengandungi acara rasmi Muhyiddin di Dubai pada 8 April.

Pada 8 April, Muhyiddin diberi penghormatan oleh kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Pelaburan Tahunan (AIM).

Dalam pertemuannya dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum berserta beberapa ketua kerajaan yang menghadiri AIM, Muhyiddin berkongsi pengalaman Malaysia dalam persekitaran perniagaan antarabangsa dan menarik pelaburan asing.

Dalam pertemuan yang sama, Muhyiddin turut menyampaikan ucapan terima kasih kerajaan Malaysia kepada Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum atas bantuan kerajaan UAE dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Muhyiddin juga menghadiri Pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) dan melancarkan pavilion Malaysia di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai selain menerima kunjungan Menteri Pelajaran UAE Humaid Mohammed Al Qatami dan Menteri Kebudayaan, Pembangunan Belia dan Masyarakat Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan di venue itu.

Menurut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GEM Education yang berpangkalan di Dubai, Sunny Varkey.

GEMS Education mempunyai rangkaian sekolah swasta di 151 buah negara termasuk UAE, Amerika Syarikat dan Singapura, sedang dalam proses untuk membuka sebuah sekolah swasta dengan kadar berpatutan di Malaysia.

Muhyiddin juga dijadual menyertai dua majlis makan malam rangkaian perniagaan bersama ahli perniagaan ternama dari Malaysia dan UAE.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan