TUDM Hantar Pesawat Pengesan Pada 8 Mac - CNN

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 11:39 PM

Pesawat pertama Hercules C-130 milik TUDM menyertai misi mencari pesawat MH370 ke Lautan Hindi di Pangkalan RAAF Pearce BullsBrook, Perth pada 30 Mac lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggerakkan sebuah pesawat untuk operasi pencarian kira-kira pukul 8 pagi, 8 Mac lalu sebaik saja Penerbangan Malaysia (MAS) melaporkan pesawatnya hilang, kata sumber kepada CNN.

Pesawat tersebut berlepas sebelum data sokongan pihak berkuasa menunjukkan pesawat tersebut terbang ke arah barat, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia kepada CNN.

Namun TUDM tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian pada 11 Mac lalu, seorang sumber terlibat dalam siasatan itu memberitahu CNN.

CNN difahamkan bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah individu terakhir yang bercakap dengan pusat kawalan udara dengan berkata 'Selamat malam, Malaysia Tiga-Tujuh-Kosong.

Sumber tersebut berkata tiada apa yang luar biasa mengenai suara tersebut yang tidak menunjukkan beliau berada dalam keadaan tertekan.

Salah seorang sumber yang terlibat dalam siasatan itu memberitahu CNN bahawa polis mengambil keterangan lima lagi juruterbang MAS lain yang mengenali juruterbang dan pembantu juruterbang itu.

"Tiada suara pihak ketiga kedengaran," menurut sumber.
Tags / Kata Kunci: TUDM , CNN , pesawat pengesan , 8 Mac

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan