Kesederhaan Mampu Tepis Persepsi Buruk Terhadap Islam

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 8:59 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) ketika menerima kunjungan hormat Dr Ahmad Muhammad Hleyyel (kiri) di pejabatnya di Bangunan Parlimen baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam.

Penasihat Agama kepada Raja Jordan Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel Hlayyel ketika menyatakan perkara ini berkata, konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya.

Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk 'Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan' pada Seminar Antarabangsa "Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah" di sini.

Penyampaian kertas kerja dalam bahasa Arab itu diterjemahkan seorang pegawai di Jabatan Perdana Menteri.

Prof Dr Ahmad turut memuji hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mahu memperkembangkan konsep wasatiyyah di negara ini untuk dihayati serta difahami semua lapisan masyarakat.

"Kemahuan untuk mencapai wasatiyyah ini merupakan kemahuan yang mencakupi aspek syarak dan pelaksanaan. Konsep ini ternyata bukan slogan semata-mata tetapi sebagai reaksi oleh kerajaan," katanya.

Beliau turut memuji Malaysia yang tidak menindas golongan wanita, malah tidak membenarkan pertumpahan darah yang membawa kepada kehancuran masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Usaha dan kemahuan yang begitu kental seperti dilaksanakan Malaysia itu, katanya adalah diperlukan dalam mencapai wasatiyyah itu.

Beliau menggesa umat Islam mempertahankan agama dari diganggu-gugat fahaman negatif.

"Ini agama kita, ini adalah mesej Islam yang wasatiyyah," katanya.

Bercakap selepas pembentangan kertas kerja itu, Prof Dr Ahmad berkata konsep wasatiyyah dapat dilaksanakan secara menyeluruh berdasarkan al-Quran dan hadis yang menyeru manusia ke arah kebaikan.

Katanya ayat al-Quran dan hadis yang menyeru manusia kembali ke ajaran asal tidak memfokuskan kepada mana-mana golongan atau kumpulan sasaran.

"Islam itu menyamaratakan antara semua. Allah tidak sebut secara spesifik tetapi kepada semua manusia secara keseluruhan ke arah kebaikan.

"Ini membuktikan Islam itu agama sejagat yang menyeru semua pihak ke arah kebaikan sama ada umat Islam atau tidak.

"Maka dari situ dapat kita laksanakan konsep wasatiyyah berdasarkan seruan ayat-ayat tersebut," kata Imam Diraja Jordan. 


Tags / Kata Kunci: Jordan , Wasatiyyah , Al-Quran

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan