Panda China Tiba Rabu Depan

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 11:35 AM

Panda betina, Fengyi yang bakal menambah tarikan di Zoo Negara

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menanti, akhirnya pasangan panda, Fu Wa dan Fengyi akan mula menjalani  kehidupan baharu di Zoo Negara, mulai minggu depan.

Haiwan yang menjadi lambang kebanggaan China itu dijangka tiba pada Rabu depan menggunakan MASkargo.

Sumber memaklumkan, kehadiran pasangan panda itu sekali gus menolak spekulasi kononnya ia ditangguhkan atas sebab tragedi yang menimpa MH370, di mana majoriti penumpang dari negara berkenaan.

"Majlis khas akan diadakan sebaik panda itu tiba ke sini minggu depan. Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan nama untuk kedua-dua panda berkenaan," katanya kepada mStar online di sini, Khamis.

Sehingga kini, pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang pakar dalam penjagaan panda sudah menjalani latihan di negara kelahiran haiwan berkenaan.

Bagi memastikan panda itu dapat hidup selesa di persekitaran baharu, pihak China juga menghantar pegawainya ke sini selama sebulan untuk memantau perkembangan semasa Fu Wa dan Fengyi.

Pasangan panda itu dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun sebagai simbolik hubungan diplomatik Malaysia-China ke-40 yang bakal diraikan tahun ini. Malahan, ia juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.


Tags / Kata Kunci: Panda , China , Fu Wa , Fengyi

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan