Projek Langat 2 Dilaksana Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 4:47 PM

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kerajaan negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sentiasa memantau perkembangan projek itu untuk memastikan ia berjalan lancar.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan Khasim Abdul Aziz (PAS-Lembah Jaya) yang bertanya mengenai perkembangan projek Langat 2 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Khamis.

Menjawab soalan tambahan ketua pembangkang Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) yang bertanya bila projek Langat 2 akan dimulakan, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan akan menandatangani dokumen perjanjian berhubung penstrukturan industri air di negeri itu dalam masa terdekat.

"Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan sentiasa berbincang untuk memastikan Langat 2 dapat dilaksanakan dengan segera. 

"Kita sudah buat perjanjian persefahaman (MoU) dan dokumen perjanjian akan ditandatangani dalam masa terdekat denga kerajaan negeri dan Persekutuan akan menjalankan usahasama bagi melaksana penyusunan semula (industri air) dan pembinaan Langat 2 secara serentak dan secepat mungkin," katanya.

Menjawab soalan Haniza Mohamed Talha (PKR-Taman Medan) sama ada pelaksanaan projek Langat 2 dan projek HORAS (Hybrid off River Augmentation System) akan menambah sumber air mentah di Selangor, Menteri Besar berkata pelaksanaan kedua-dua projek itu akan menambah dua kali ganda jumlah air mentah yang boleh dirawat.

"Jika sekarang jumlah air mentah yang digunakan ialah lima bilion liter sehari, tetapi dengan adanya kedua-dua projek ini, kita dijangka dapat menambah sehingga 10 bilion liter sehari.

"Pelaksanaan kedua-dua projek itu juga akan membolehkan kita mempunyai air mentah mencukupi sehingga 2050 ke 2070," katanya.

MoU yang ditandatangani pada 26 Februari lepas menyatakan kerajaan negeri akan mengeluarkan kebenaran kepada kerajaan Persekutuan untuk merancang pembinaan Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) di Selangor.

Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Empat syarikat berkenaan ialah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan