Air: Krisis Terburuk Berbanding 1998

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Krisis air di Lembah Klang bakal menjadi yang terburuk dalam sejarah apabila dua empangan terbesar kini hanya mampu membekalkan air untuk 80 hari sahaja lagi.

Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gate masing-masing kini hanya mempunyai bekalan yang minimum sebelum parasnya berada pada tahap kritikal.

Krisis air di negara ini yang paling buruk pernah direkodkan ialah pada tahun 1998 apabila 4.2 juta orang terpaksa berkongsi 2,553 juta liter sehari, susut 105 JLH.

Bagaimanapun kali ini, keperluan untuk 7.1 juta pengguna iaitu 4,900 juta liter sehari terpaksa dikeceilkan kepada 4,367 juta liter sehari, susut 533 juta liter sehari.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Md Khairi Selamat berkata, Empangan Sungai Selangor hanya mampu membekalkan air selama 71 hari manakala Empangan Klang Gate akan dapat bertahan untuk 88 hari.

"Jumlah tersebut merupakan hasil anggaran yang telah dilakukan iaitu 1,000 juta liter sehari bagi keluaran di Empangan Sungai Selangor dan 100 juta liter sehari di Empangan Klang Gate.

"Setakat ini, kita perlukan 200mm hujan untuk Empangan Sungai Selangor supaya paras air berada pada tahap 55 peratus berbanding 37.38 peratus ketika ini," katanya.

Pada 1998, 1.8 juta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur terpaksa menghadapi catuan air selama enam bulan bermula Mac hingga September akibat fenomena El Nino.

Namun bagi tahun ini, catuan air bermula di Selangor pada awal Mac menerusi empat fasa yang akan berakhir pada 30 April ini.

Empangan Sungai Selangor berada pada tahap kritikal dengan bekalan air hanya tinggal 69 juta Mm3 manakala Empangan Klang Gate 4.7 Mm3.

Md Khairi memberitahu, hujan dijangka turun bermula awal bulan depan dan ia diharap dapat membantu menambahkan bekalan air di empangan.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap catuan air merupakan keadah terbaik dalam  memberi pengajaran kepada rakyat  enggunakan air secara berfaedah.

"Keputusan catuan air selama setiap dua hari itu diputuskan oleh kumplan pakar dalam industri air," katanya.



Tags / Kata Kunci: Luas , Selangor , Kuala Lumpur

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan