KWSP: Jumlah Caruman Bersih Selepas Pengeluaran RM15.23 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 5:07 PM

KWSP
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, ia mencatat caruman sebanyak RM50.58 bilion berbanding pengeluaran RM35.35 bilion, menjadikan aliran masuk bersih sebanyak RM15.23 bilion tahun lalu.

Dalam Laporan Tahunan 2013 yang dibentangkan di Parlimen pada Khamis ia berkata, pengeluaran umur 55 tahun mengatasi pengeluaran lain pada RM13.23 bilion, meningkat 8.5 peratus daripada RM12.19 bilion pada tahun sebelumnya. 

Pengeluaran di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) merupakan pengeluaran kedua terbesar pada RM7.85 bilion.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, objektif utama KWSP adalah untuk membolehkan ahli mempunyai simpanan mencukupi semasa bersara.
 
"Oleh itu, bagi memastikan ahli mendapat faedah sepenuhnya daripada simpanan persaraan mereka, kadar caruman 11 peratus dan 12 peratus dikekalkan untuk umur 55 hingga 60 tahun berbanding kadar separuh sebelum 2013," katanya.

Jenis pengeluaran lain yang menunjukkan peningkatan berbanding 2012 ialah Pengeluaran Perumahan RM4.95 bilion, Umur 50 Tahun (RM3.84 bilion), Pendidikan (RM338.14 juta) dan Kesihatan (RM43.13 juta).

Menurutnya, pada tahun sama KWSP meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur IT dan perkhidmatan elektronik melalui pelancaran e-Caruman dan e-Pengeluaran yang bertujuan memudahkan transaksi untuk ahli dan majikan.

Samsudin berkata, dalam usaha memenuhi kehendak ahli yang celik IT, terutama golongan muda yang merangkumi kira-kira 35 peratus daripada jumlah ahli, KWSP terus memanfaatkan kemajuan teknologi dan meningkatkan kemudahan dalam taliannya. 

Katanya, KWSP baru-baru ini melancarkan aplikasi mudah alih 'EPF i-Akaun' bagi membolehkan ahli memantau simpanan mereka bila-bila masa dan di mana sahaja.

Laporan Tahunan itu juga melaporkan kejayaan KWSP dalam aspek pelaburan meskipun ekonomi dan pasaran global yang lembab.

Strategi pelaburan berhemah, katanya, telah membolehkan KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, bayaran dividen tertinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, meningkat 13.66 peratus berbanding RM27.45 bilion pada 2012.

Jumlah ahli KWSP meningkat 2.48 peratus kepada 13,922,194 daripada 13,585,007 pada tahun sebelumnya, sementara jumlah majikan juga melonjak daripada 502,863 pada 2012 kepada 517,062. 

Samsudin yakin polisi pengurusan risiko dan strategi pelaburan berhemah akan membantu KWSP melindungi modal selain memastikan pulangan optimum untuk jangka panjang.

Ahli KWSP yang ingin mendapatkan versi penuh Laporan Tahunan 2013 boleh mengakses dan memuat turun daripada laman web myEPF di www.kwsp.gov.my.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan