Anwar, Karpal Masih Kekal Sebagai Ahli Parlimen - Pandikar

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 5:53 PM

Pandikar Amin Mulia.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dan Penasihat DAP, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) akan kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga penghakiman dibuat terhadap kes rayuan mereka di mahkamah, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar membuat keputusan tersebut bagi menjawab soalan Karpal di Dewan Rakyat pada Khamis mengenai status beliau dan Anwar sebagai Ahli Parlimen.

"Saya difahamkan Bukit Gelugor (Karpal) didenda RM4,000 manakala Permatang Pauh (Anwar) dijatuhi hukuman  penjara lima tahun.

"Memandangkan kedua-dua Ahli Parlimen itu sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi, nasib mereka masih belum diputuskan. Oleh itu, status Ahli Parlimen mereka akan kekal," kata Pandikar.

Dibawah Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara selama setahun dan ke atas atau denda RM2,000 dan ke atas serta tidak menerima pengampunan.

Karpal didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan menghasut manakala Anwar pula dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah atas tuduhan liwat.

Pandikar turut memutuskan bahawa Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri tidak mengelirukan Dewan Rakyat kerana menganggap pusat kawalan trafik udara Subang telah meminta pesawat MH370 yang hilang untuk membuat pusingan balik.

"Saya menerima sepucuk surat dari Kudat (Abdul Rahim) yang menjelaskan perkara tersebut.

"Beliau berkata kenyataan itu merupakan andaiannya dan saya tidak nampak apa-apa niat untuk mengelirukan Dewan Rakyat," katanya menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin membawa kes Abdul Rahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan