Selangor Tubuh Jawatankuasa Persempadanan Semula

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 1:20 PM

Abdul Khalid Ibrahim ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menubuhkan jawatankuasa khas yang bertindak sebagai sekretariat pemantau dan pemberi nasihat sekiranya cadangan proses persempadanan semula bahagian pilihan raya melibatkan negeri itu dilaksanakan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan persempadanan semula adalah langkah proaktif berikutan jumlah penduduk di negeri itu semakin meningkat saban tahun sehinggakan terdapat bahagian pilihan raya yang mempunyai lebih 100,000 pengundi.

"Ada juga bahagian yang pengundinya kurang 30,000, jadi cadangan persempadanan semula adalah perlu bagi menyeimbangkan jumlah penduduk di seluruh negeri Selangor.

"Jawatankuasa yang ditubuhkan itu terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan dan pakar-pakar berkaitan yang bebas daripada kongkongan pentadbiran kerajaan dalam menyelaraskan kehendak demokrasi negara," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Haniza Mohamed Talha (PKR-Taman Medan) yang ingin tahu persiapan atau cadangan kerajaan negeri dalam proses persempadanan semula kawasan DUN sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan cadangan persempadanan itu.

Katanya penubuhan jawatankuasa itu antara lain untuk mengkaji keperluan persempadanan bagi sesuatu kawasan termasuk memberi nasihat kepada Unit Perancang Ekonomi negeri untuk menentukan perkara yang diperlukan dalam cadangan tersebut.

"Kerajaan negeri juga mempunyai cadangan agar proses persempadanan semula itu sekiranya dilaksanakan dapat mengikut piawaian antarabangsa iaitu satu rakyat, satu undi, satu nilai. Namun, ia masih dalam perbincangan dan belum diputuskan," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata cadangan persempadanan semula yang diutarakan SPR melibatkan seluruh negara, dan ia adalah tanggungjawab suruhanjaya itu untuk melaksanakannya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan