Kami Akan Pindah Apabila Semuanya Ok - Pengerusi Eksekutif AirAsia

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 9:52 PM

Kamarudin Meranun.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, akan memindahkan operasinya ke terminal baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun.

"Saya boleh sahkan bahawa kami akan berpindah apabila semuanya OK. Tak perlu bincangkan mengenainya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar sesi rundingan meja bulat Kepelbagaian dan Keterangkuman TalentCorp, di sini Rabu.

Pada 1 April lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) di Sepang akan ditutup pada 9 Mei.

Mengulas pengumuman itu pada hari yang sama, AirAsia berkata semua operasi penerbangannya akan terus berpusat di LCCT, malah selepas 9 Mei.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan AirAsia supaya berpindah ke klia2 mengikut jadual, walaupun kerajaan, menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd, bersedia mendengar dan berbincang dengan mereka jika ada sebarang masalah berhubung pemindahan itu.

AirAsia dijangka menyumbang kira-kira 80 peratus daripada trafik klia2.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan