Kerajaan Selangor Didesak Dedah Segera Kandungan Perjanjian Industri Air

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 9:11 PM

Azmin Ali

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor didesak supaya segera mendedahkan isi kandungan perjanjian penstrukturan industri air yang ditandatangani antara kerajaan negeri itu dengan kerajaan persekutuan baru-baru ini.
 
Mendesak demikian, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata, sehingga kini wakil-wakil rakyat Selangor masih belum diberi peluang melihat isi kandungan perjanjian itu. 

"Adalah penting untuk mendedahkan isi kandungan perjanjian itu kepada umum bagi mengelakkan timbul spekulasi mengenainya. 

"Ini bagi membolehkan semua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) meneliti perjanjian itu sebelum membuat keputusan menandatanganinya," katanya ketika membahaskan titah Sultan Selangor pada persidangan DUN di sini, Rabu.

Azmin turut mencadangkan segala isi kandungan perjanjian itu dibentangkan dalam persidangan DUN demi kepentingan awam selain meminta kerajaan negeri mendesak pusat mengeluarkan perjanjian itu daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA). 

Beliau yang sebelum ini dilihat 'kurang senang' dengan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Selangor membiarkan kerajaan persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). 

Menurutnya, akta tersebut hanya memberikan lebih kuasa kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) dan dilihat tidak membantu kerajaan negeri Selangor. 

"Ia dapat dilihat menerusi pentadbir pengurusan air yang mana kerajaan negeri hanya menamakan dua pentadbir tetapi kerajaan pusat ada lima pentadbir. Dalam hal ini boleh dilihat bahawa kerajaan negeri tidak majoriti," katanya.

Pada 8 Januari lalu, Abdul Khalid mengumumkan cadangan melantik Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incoperated (MBI), Faekah Husin bagi menjalankan pentadbiran pengurusan air. 

Abdul Khalid menyatakan pelantikan itu dibuat setelah kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili pada hari sebelumnya. 

Persidangan dewan bersambung pada Khamis.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan