MB Boleh Bantu Dapatkan Bible Jika Serius

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 9:34 AM

Bible edisi bahasa Melayu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco agamanya merupakan dua individu paling layak untuk membantu memulangkan bible yang dirampas pihak berkuasa agama negeri jika Kerajaan Negeri serius untuk melakukannya.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ng Chok Sin berkata, sebaliknya Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong dilaporkan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara meminta agar naskah bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Januari lalu dipulangkan.

Menurut Ng ia tindakan sia-sia kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh mengenai hal itu dan bukannya Peguam Negara.

Tambah Ng, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berada di bawah bidang kuasa Exco Hal Ehwal Islam, Sallehin Mukhyi.

"Sallehin dilihat seperti tidak melakukan apa-apa untuk bantu menyelesaikan isu ini. Mengapa begini?

"Mungkin beliau cuba untuk mengelak daripada tanggungjawab ini ataupun beliau sudah tidak lagi mengambil berat mengenainya.

"Jika Elizabeth benar-benar ikhlas dalam membantu menyelesaikan krisis yang tidak perlu ini, beliau sepatutnya bertemu Sallehin dan Menteri Besar untuk memohon agar bible dipulangkan," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menerusi kenyataan berkata, beliau bersetuju bahawa isu berkenaan kini melibatkan pihak Peguam Negara kerana masih diperingkat siasatan.

Namun katanya, isu yang ditimbulkan oleh orang awam ialah, Abdul Khalid sepatutnya mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung siasatan.

"Menteri Besar akan memberi keyakinan kepada rakyat jika beliau mengambil tindakan yang proaktif untuk itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bible , Khalid Ibrahim , PBM , Jais

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan