Terdapat Lebih Daripada Satu Panggilan Telefon Berkaitan Kes Culik Dua Wanita Di Semporna

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 5:49 PM

Hamza Taib

Hamza Taib.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata terdapat lebih daripada satu perhubungan telefon berlaku berkaitan kes penculikan dua wanita di Singamata Adventures and Reef Resort, Semporna, sejak 2 April lepas.

Bagaimanapun Hamza enggan memperincikan mengenai paggilan telefon itu termasuk antara siapa dengan siapa, bila serta kandungan perbualan panggilan telefon berkenaan kerana keutamaan pihak berkuasa Malaysia sekarang ialah memastikan kedua-dua mangsa culik itu selamat.

"Setakat ini, apa yang pihak polis tahu mangsa masih dalam keadaan selamat tetapi berada di negara jiran. Tempatnyapun kita sudah sedia maklum kerana kita sentiasa berhubung dengan pihak (berkuasa) Filipina dan kedutaan China," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Pada 2 April lepas, kira-kira jam 10.30 malam sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh resort berkenaan lalu menculik Gao Hua Yuan,29, seorang pelancong wanita dari Shanghai, China dan seorang pekerja resort Marcy Dayawan atau Mimi,40, seorang rakyat Filipina, dari resort di atas air berkenaan.

Sementara itu, Hamza berkata siasatan polis berhubung kes berkenaan kini diubah daripada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan dan Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan enam sebatan jika sabit kesalahan.

Katanya sehingga Ahad lepas, 22 individu, tiga daripadanya memiliki dokumen dan selebihnya pendatang asing tanpa izin yang berumur dari 16 hingga 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes penculikan itu.

Bagaimanapun beliau berkata, cuma lapan daripada 22 individu itu yang kebanyakannya wanita ditahan lanjut untuk membantu siasatan sementara selebihnya diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk penghantaran pulang ke negara asal.

Hamza juga berkata pihaknya sedang bekerja rapat dengan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi mengenal pasti sebarang kelemahan mengenai aspek kawalan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah dan akan bersama-sama memperbaiki kelemahan berkenaan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan