Kemasukan Pelancong China Ke Malaysia Terjejas - Nazri

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 7:38 PM

Mohamed Nazri ketika menjawab pertanyaan media sebelum majlis Kolokium Kebangsaan mengenai Kepengerusian Asean 2015 di Kuala Lumpur, Rabu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kemasukan pelancong China ke Malaysia terjejas ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata setakat ini kebanyakan pelancong China telah membatalkan lawatan mereka ke Malaysia, malah tiada 'tempahan penerbangan' direkod bagi penerbangan dari China ke Malaysia.

Justeru Nazri berkata, pihaknya akan menangguh segala bentuk promosi dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di China bagi menghormati sensitiviti rakyat negara itu berikutan majoriti penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas adalah warga China.

"Semuanya baik (kedatangan pelancong China) bagi Januari hingga Februari, tetapi sudah tentu insiden MH370 pasti menjejaskan pelancongan, namun apa yang penting adalah kami bersimpati kepada keluarga penumpang MH370 dan persoalan sama ada kami nak teruskan kempen di negara China tidak berbangkit, ketika ini ditangguhkan, saya fikir kita perlu hormat isu sensitif. 

"... selagi tidak berpenghujung (insiden) MH370 ini, saya tidak fikir kesesuaian untuk kita meneruskan kempen di negara China," katanya dalam sidang media sebelum membuka Sesi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN di sini, Rabu.

Namun beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak mengenai perkara itu dan menasihati orang ramai memahami situasi yang dihadapi rakyat China.

"Bagi saya ini reaksi semula jadi...kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana bukan secara semula jadi rakyat negara China anti kita (Malaysia), kerana insiden MH370 adalah satu perkara yang abnormal," kata Nazri.

Sementara itu, katanya beliau akan melawat Kedutaan China di sini esok untuk bertemu Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.

Katanya ia sebagai tanda penghormatan beliau kepada nasib rakyat China dalam insiden MH370.

Pelancong dari China merupakan penyumbang ketiga terbesar selepas Singapura dan Indonesia dengan rekod 1.6 juta orang tahun lepas.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kerajaan menyasarkan 28 juta pelancong melawat Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan