Pemilihan PKR: Saifuddin Akui Sukar Lawan Azmin, Khalid

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 2:14 PM

Saifuddin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin dapat menewaskan semua calon yang bertanding jawatan Timbalan Presiden, termasuk dua calon 'heavy weight'  bagi merebut jawatan kedua tertinggi itu pada pemilihan parti berkenaan, hujung bulan ini.

Walaupun mengakui berhadapan laluan sukar, beliau percaya rekod sumbangannya dalam parti, termasuk ketika mengisi jawatan Ahli Parlimen Machang menjadi sandaran dan dinilai ahli yang bakal memilih barisan kepemimpinan parti berkenaan.

"Saya masuk gelanggang (pemilihan parti) untuk lawan dengan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan seorang penyandang (Mohamed Azmin Ali) di mana masing-masing bergelar Yang Berhormat, manakala yang bertanding untuk mencabar mereka ialah Saifuddin yang kalah dalam Pilihan Raya Umum lalu....apa jawatan pun tak ada. Jadi, beranikah orang nak sokong? 

"Namun kalau tanya saya sama ada boleh menang atau tidak, saya memang yakin boleh menang," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen pemilihan PKR 2014 di sini, Selasa.

Turut menyertai kumpulan kempen Saifuddin bertemakan 'Masa Depan Bersama' itu ialah dua calon jawatan Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Mohd Rafizi Ramli.

Selain Mohamed Azmin dan Abdul Khalid, Saifuddin turut dicabar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Datuk K. Ramachandran dan S. Murali.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Tian sebelum ini yang membayangkan kemungkinan untuk menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden, Saifuddin mengakui wujud perbincangan empat mata dengan penyandang jawatan Naib Presiden itu.

"Antara Tian dan saya, kami mengadakan pertemuan dan perbincangan. Apa pun kami ada masa sehingga 10 April (tempoh akhir tarik diri) untuk buat sebarang keputusan.

"Keputusan muktamad di pihak Tian ada padanya, manakala keputusan saya kekal iaitu untuk menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan