Najib Mahu Malaysia Main Peranan Wujudkan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 11:46 PM

Najib melihat dari dekat buku terbitan Institut Wasatiyyah Malaysia dan Persatuan Generasi Bestari ketika merasmikan Seminar Antarabangsa 'Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah' di Menara Felda di Kuala Lumpur, malam Selasa. Turut hadir Mohd Isa (tiga, kiri) dan Dr Abdullah (kiri). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Malaysia memainkan peranan ke arah penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa bagi mengukur komitmen sesebuah negara dalam melaksanakan syariat Islam. 

Perdana Menteri berkata, indeks itu boleh berperanan menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya kesungguhan Malaysia melaksanakan dasar-dasar Islam tidak mengikut syariat Islam sebenarnya.

"Saya merasa begitu musykil kalau ada pihak masih menuduh kita sebagai tidak cukup Islam, ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar kita tidak berlandaskan kepada Islam.

"Alangkah baik kalau ada Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, di mana para ulama peringkat antarabangsa boleh mengukur komitmen setiap negara terhadap pelaksanaan syariat Islam berdasarkan kepada matlamat Maqasid Syariah.

"...dan saya yakin kalau ini dilakukan indeks syariah Malaysia akan berada di tahap yang boleh kita banggakan," katanya ketika berucap merasmikan seminar antarabangsa 'Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah' di sini, Selasa.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Tan Sri Dr Abdullah Md Zin dan Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ghazali.

Najib berkata, Malaysia yang ada pada Selasa dibina berdasarkan prinsip Wasatiyyah dengan ketinggian Islam tetap berada di tempat teristimewa malah diterima oleh semua golongan minoriti walaupun bilangan mereka besar.

Beliau berkata, pendekatan Wasatiyyah yang telah diamalkan sejak awal akan terus dipertahankan berlandaskan lima prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah keturunan dan harta benda dan beliau yakin ia akan memastikan Malaysia terus berada di tahap yang boleh dijadikan ikutan oleh negara Islam lain.

"Mudah-mudahan seminar ini boleh memikirkan langkah ke hadapan bagaimana pengukuran berdasarkan komitmen lima prinsip Maqasid Syariah itu boleh dilakukan bagi membolehkan setiap pelaksanaan dapat diukur pencapaiannya," katanya.

Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan melaksanakan Wasatiyyah juga berdepan pelbagai halangan, antaranya tuntutan daripada pelbagai pihak atas nama keterbukaan dan liberalisme.

Najib berkata, negara menghadapi ancaman pihak tertentu yang kononnya atas nama keterbukaan, mereka boleh melakukan apa sahaja dan ia adalah satu hak asasi yang mesti diberikan secara total. 

Beliau berkata, kerajaan sama sekali tidak akan menerima kefahaman sedemikian kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam yang semestinya perlu ditolak oleh semua.

"Oleh itu kalau ada pihak cuba mendefinisikan hak asasi dan mahu mengguna pakai untuk setiap negara, kita mesti ada pendirian tersendiri bahawa hak asasi mestilah berlandaskan kepada syariah Islam dan ini merupakan pendirian kita yang jelas," katanya.

Selain Malaysia, seminar dua hari anjuran IWM dengan kerjasama Felda itu menyaksikan 10 kertas kerja dalam pelbagai bidang akan dibentangkan melibatkan ilmuan dari Jordan, Kuwait, Arab Saudi dan Qatar.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan