Kontraktor MAIWP Gagal Sedia Makanan Berkualiti - Laporan Audit

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 9:38 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) disyor agar mengambil tindakan tegas mendenda kontraktor yang gagal membekalkan makanan berkualiti kepada premisnya.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini menyatakan berdasarkan perjanjian, MAIWP sepatutnya mengenakan denda 10 peratus terhadap kontraktor terbabit.

"Bagaimanapun MAIWP tidak mengambil tindakan denda itu," kata laporan itu.

Menurut laporan itu perkara tersebut antara kelemahan yang dikesan dalam audit terhadap MAIWP berhubung pengurusan bekalan makanan di institusi pendidikan dan perlindungannya.

Penyediaan makanan bermasak kurang memuaskan itu berlaku di Kompleks Darul Kifayah, Batu Caves dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Cheras.

Kelemahan lain ialah kegagalan MAIWP menyediakan dokumen perjanjian tambahan dengan pembekal makanan Kembara Cekal Enterprise yang menyebabkan kepentingan MAIWP tidak dilindungi dari segi perundangan jika berlaku ketidakpatuhan perkhidmatan bekalan makanan.

"Perolehan bekalan makanan yang tidak mengikut garis panduan perolehan menyebabkan MAWIP tidak mendapat 'best value for money'," menurut laporan itu.

Proses audit turut mengenal pasti aduan pelajar dan penghuni asrama berhubung makanan yang disaji kurang menyelerakan selain persekitaran dewan makan kurang bersih dan tidak ceria.

Menurut laporan itu, Laporan Prestasi Pembekalan Makanan perlu disediakan dan disemak setiap bulan sebelum bayaran dibuat.

"Sekiranya pembekalan yang dibuat tidak memuaskan, MAIWP perlu mengenakan penalti sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan bayaran perkhidmatan atau menamatkan perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian," menurut laporan itu.
Tags / Kata Kunci: kontraktor , MAIWP , makanan , kualiti

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan