Kementerian Tidak Akan Ambil Tindakan Terhadap Shalwati Yang Dipenjara Di Sweden

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 3:53 PM

shalwati

Shalwati (kiri) bersama suaminya.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kementerian Pendidikan tidak akan mengambil tindakan terhadap Shalwati Norshal yang dihukum penjara 14 bulan di Sweden bagi kesalahan mengasari dan mencabuli integriti anak-anaknya.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini kerana hukuman yang dikenakan terhadap Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, atas kesalahan yang berbeza sifatnya antara Sweden dan Malaysia.

Kesalahan yang dilakukan Shalwati dan pasangannya Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia bukan perkara luar biasa di negara ini, katanya.

"Itu hanya hukuman di sana (Sweden), kita akan permudahkan dan kita tidak akan kenakan apa-apa tindakan terhadap beliau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Siswa Parlimen Ketereh, di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chengal di sini malam Isnin.

Mahkamah Daerah Solna, Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati, 36, dan hukuman penjara 10 bulan terhadap suaminya Azizul, 38, pada 28 Mac lalu.

Pasangan itu ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas dan didakwa di mahkamah kemudian kerana memukul anak-anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.


Idris berkata semua urusan yang melibatkan keluarga itu akan dipermudahkan dengan memberi bantuan yang dirasakan perlu.

Antaranya bantuan serta perhatian kepada empat anak pasangan itu - Aisyah, (14), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) bagi menyesuaikan diri belajar dan menetap di Malaysia. 

"Mereka masih dalam kejutan budaya memandangkan baru pulang dari Sweden tetapi saya beri jaminan apa juga bantuan yang kami boleh hulurkan yang menyenangkan proses pembelajaran mereka, kami akan laksanakan," katanya. 

Sementara itu, sebanyak 700 pelajar dari 11 Institut Pengajian Tinggi (IPT) terlibat dalam program yang berlangsung selama lima hari bermula Isnin. 

Idris berkata program itu diharap dapat memberi pendedahan kepada kedua-dua belah pihak iaitu pelajar dan ibu bapa.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan