Kementerian Kesihatan Tubuh J/Kuasa Siasatan Program Kekurangan Zat Makanan

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 11:33 PM

Datuk Farida Mohd Ali
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan dalaman berhubung penyalahgunaan peruntukan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM). 

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Farida Mohd Ali berkata, susulan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, pihaknya memperkukuhkan pemantauan melalui penyemakan semula Garis Panduan PPKZM dengan mengambil kira semua teguran audit.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendedahkan wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk memberi makan kepada kanak-kanak miskin luar bandar itu sebaliknya digunakan untuk membeli nasi lemak, kuih-muih dan teh tarik untuk mesyuarat di tiga pejabat kesihatan daerah.

Menurut laporan itu sejumlah RM87,851 daripada dana RM923,000 yang bertujuan membekalkan makanan kepada kanak-kanak miskin di luar bandar telah disalahgunakan oleh Pejabat Kesihatan Jerantut, Gua Musang dan Kota Kinabalu. 

Sementara itu Farida berkata, program PPKZM menunjukkan hasil positif sepanjang program ini dijalankan.

"Sejumlah 27,190 kanak-kanak telah berjaya dipulihkan. Malahan, pada tahun 2006, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mempunyai kadar peningkatan taraf pemakanan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang terpantas di Asia Timur dan Pasifik," katanya.

Program PPKZM dimulakan pada tahun 1989 sebagai usaha kerajaan meningkatkan taraf pemakanan kanak-kanak berumur enam bulan hingga enam tahun daripada

keluarga miskin.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan