Kadar Tarif Bergantung Hasil Penstrukturan Semula Industri Air Di Selangor - Berita Semasa | mStar

Kadar Tarif Bergantung Hasil Penstrukturan Semula Industri Air Di Selangor

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Keperluan menaikkan kadar tarif air di Selangor akan bergantung kepada keuntungan diperolehi hasil penstrukturan semula industri air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri dapat mengurangkan bayaran perkhidmatan pukal penukaran air mentah kepada air terawat, tiada keperluan untuk menaikkan kadar tarif air.

"Sesetengah syarikat konsesi (ketika ini) dapat pulangan lebih 35 peratus (perkhidmatan pukal penukaran air) jadi kalau kita kurangkan kepada enam ke tujuh peratus iaitu harga munasabah, jadi tidak perlu naikkan tarif air.

"Bagaimanapun ikut jangkaan kita ada juga keperluan (naikkan tarif air) masa hadapan tapi ia mesti ambil kira kepentingan pengguna...pengguna miskin tidak akan dikenakan tarif tinggi tetapi penggunaan air untuk komersial dikenakan harga berpatutan," katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini Selasa.

Abdul Khalid menjawab soalan tambahan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang ingin tahu sama ada struktur tarif air akan berubah selepas penstrukturan semula industri air Selangor dilakukan.

Menjawab pertanyaan Lau berhubung janji kerajaan negeri untuk memberikan saham air kepada rakyat Selangor, Abdul Khalid berkata pelaksanaan itu perlu mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

"Saham itu boleh diberi kepada rakyat Selangor sama ada secara perkapita atau melalui akaun pengguna. Bagaimanapun perkara ini belum dapat dimantapkan kerana kita terpaksa mendapat kelulusan daripada SC dari segi pelaksanaannya," katanya.

Terdahulu, menjawab soalan tambahan Dr A.Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas) mengenai Perjanjian Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air di Selangor, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan cuba menyelesaikan perkara itu tanpa melibatkan politik bagi memastikan rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya mendapat perkhidmatan air terbaik dan mencukupi.

Melalui MoU ditandatangani pada 26 Feb lepas, kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran kepada pihak kerajaan pusat untuk merancang pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) di Selangor.

Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Empat syarikat berkenaan ialah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).
Tags / Kata Kunci: Abdul Khalid , penstrukturan air , Selangor
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan