Harga Ikan Dalam Kontrak Beberapa Hospital Lebih Tinggi Berbanding Harga Pasaran

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 1:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara berpendapat harga bahan makanan basah seperti ikan dalam senarai kontrak di beberapa hospital adalah tidak munasabah kerana lebih tinggi antara 34.4 peratus hingga 100 peratus berbanding harga pasaran.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, siri 1 dibentangkan di Dewan Rakyat di sini hari ini, keadaan itu menyebabkan kerajaan tidak mendapat 'nilai untuk wang' kerana terpaksa membayar harga lebih tingi berbanding pasaran.

Turut dilampirkan perbandingan senarai harga iaitu harga bagi sekilogram ikan siakap untuk kontrak baharu 2012-2014 di Hospital Sultanah Aminah, Johor adalah RM21 berbanding harga pasaran RM14.50 manakala sekilogram sotong bernilai RM16 (pasaran RM9.50). 

Semakan di Hospital Kuala Lumpur mendapati harga sekilogram ikan bawal berdasarkan kontrak adalah RM21.50 (pasaran RM16), ikan kerapu RM19.50 (pasaran RM12), ikan nyior RM18 (pasaran RM10) dan ikan keli RM11 (pasaran RM5.50).

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disyorkan merancang perolehan dengan teliti serta memantau harga bahan makanan berbanding harga pasaran supaya kerajaan mendapat 'nilai terbaik untuk wang' terhadap setiap perolehan.

KKM menerusi maklum balas yang disertakan dalam laporan audit itu, menjelaskan harga ikan dinyatakan dalam kontrak dua hospital itu telah mengambil kira kos pengangkutan dan kenaikan harga ikan di pasaran. 

Selain itu, tinjauan kajian kepuasan pelanggan melibatkan 200 responden mendapati 86 responden (43 peratus) berpendapat menu disediakan tidak dipelbagaikan pada setiap waktu hidangan, dan antara komen diberikan adalah jenis ikan yang sama dan masakan tidak dipelbagaikan. 

Kementerian bagaimanapun menjelaskan bahawa jenis ikan yang dihidangkan dalam setiap menu adalah tidak penting kerana mempunyai kandungan makro nutrien hampir sama.

KKM juga bersetuju dengan pendapat laporan audit supaya proses uji rasa makanan perlu dilaksanakan bagi menentukan mutu makanan. 

Laporan sama juga mendapati antara kelemahan yang perlu diperbaiki KKM adalah pengurusan aset yang tidak teratur ekoran terdapat aset bernilai RM0.13 juta tidak digunakan. 

Antaranya ialah 'alat pemerah santan kelapa', 'pengisar daging elektrik', 'pemotong ayam', 'pengisar cilir' dan 'cerek 23L' di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah; 'alat pemprosesan sayuran' di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan lapan unit 'alat pemanas pinggan' di Hospital Umum Kuching (HUK), Sarawak.

KKM dalam maklum balas 18 Disember 2013 dan 14 Februari lalu menyatakan HSAH telah menawarkan peralatan yang tidak digunakan kepada hospital lain yang berminat pada 26 November lalu, manakala HUK membuat permohonan pelupusan bagi sembilan unit 'alat pemanas pinggan' yang tidak digunakan pada 18 November lalu sementara HKL mula menggunakan peralatan itu bermula Oktober 2013.
Tags / Kata Kunci: KKM , Hospital Sultanah Aminah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan