28 Aset Dikerah Jejaki MH370 Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 10:35 AM

Kapal Ocean Shield melakukan operasi di utara kawasan pencarian.

(Ubah saiz teks)

PERTH: Misi menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi pada Selasa diperhebat dengan 28 aset dikerah susulan petunjuk baharu yang dikesan pada Isnin.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan di sini berkata aset membabitkan 11 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal.

Menurut kenyataan itu Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengarahkan pencarian pada Selasa meliputi kawasan seluas 77,580 kilometer persegi di kedudukan 2,268 km barat daya Perth.

"Cuaca sepanjang hari ini dijangka baik. Pencarian bawah permukaan air diteruskan hari ini dengan ADV Ocean Shield melakukan operasi di utara kawasan pencarian sementara Haixun 01 dan HMS Echo di bahagian selatan," kata JACC. 

Semalam, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan. 

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal. 

Pencarian dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.
Tags / Kata Kunci: MH370 , JACC , AMSA , ADV Ocean Shield

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan