Usul Penculikan Dua Wanita Di Semporna Dibahaskan Petang Ini

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 1:20 PM

Ronald Kiandee.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu penculikan dua wanita termasuk seorang warga China di sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, Sabah akan dibincangkan di Dewan Rakyat pada persidangan sebelah petang Isnin.

Usul mengenainya diluluskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, yang menyatakan bahawa usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan. 

"Oleh itu saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (3), perbahasannya bermula pukul 4.30 petang dan akan ditangguhkan pada 5.30 petang.

"Perbahasan akan dibenarkan selama 30 minit dan kerajaan akan menjawab selama 30 minit," katanya. 

Usul mengenai insiden penculikan pada Rabu lepas itu dikemukakan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) yang antara lain mencadangkan supaya tahap keupayaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah dibincangkan di Dewan Rakyat bagi memastikan kewujudannya benar-benar dapat menyekat kejadian serupa
daripada berulang.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan