MP Sibu Minta Kerajaan Tukar Semula Syarat Mohon Program MyHome

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 1:02 PM

Oscar Ling.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sibu-DAP, Oscar Ling meminta kerajaan untuk menukarkan semula syarat permohonan program MyHome, yang bercanggah daripada apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan Bajet 2014 tahun lalu.

Beliau berkata, program MyHome yang dilancarkan kerajaan pada 1 April lalu sepatutnya akan memberikan subsidi maksimum RM30,000 kepada mereka yang memohon dengan berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, seperti yang diumumkan Najib dalam Bajet 2014.

"Bagaimanapun, menerusi syarat baharu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), syarat itu adalah untuk mereka yang berpendapatan isi rumah antara RM3,000 dan RM4,000.

"Ini bercanggah dengan apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2014. Jadi ini (Program MyHome) bukan (lagi) untuk golongan berpendapatan rendah.

"Syarat baharu ini adalah syarat lebih tinggi. Ini adalah untuk golongan berpendapatan sederhana dan tinggi, bukan lagi seperti yang disasarkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Program MyHome merupakan sebuah projek khas bagi membantu golongan berpendapatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lalu.

Ia akan melibatkan kira-kira 10,000 unit rumah yang dibina oleh pihak swasta dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM300 juta.

Ling bagaimanapun berkata, harga rumah yang ditawarkan untuk program ini antara RM80,000 ke RM120,000 merupakan perumahan kos rendah.

"Jadi, ianya tidak selaras. Rumah yang ditawarkan adalah kos rendah tetapi syarat sekarang ditukarkan kepada syarat lebih tinggi.

"Oleh itu, saya minta kerajaan untuk menurunkan syarat itu bagi memastikan Program MyHome ini benar-benar membantu golongan rendah," katanya.
Tags / Kata Kunci: Oscar Ling , Bajet 2014 , Program MyHome

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan