Muhyiddin Tingkatkan Profil Malaysia Sebagai Destinasi Pelaburan, Pendidikan Di Dubai

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 1:59 PM

Muhyiddin Yassin.

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meningkatkan profil Malaysia, sebagai destinasi pelaburan dan pendidikan pilihan, kepada prospek antarabangsa yang lebih tinggi dalam dua acara utama sempena lawatan lima harinya ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Muhyiddin yang tiba di sini pada Isnin, dijadual menghadiri forum Pelaburan Tinggi Tahunan (AIM) 2014, dan pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (GETEX) 2014, forum pendidikan, latihan korporat dan pembangunan kerjaya komprehensif di Timur Tengah.

Konsul Besar Malaysia di Dubai Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Muhyiddin dijadual menyampaikan ucapan dasar pada sesi pembukaan AIM 2014 pada Selasa.

"Beliau (Muhyiddin) mungkin menyentuh mengenai usaha sama, FDI (pelaburan langsung asing) dan pada masa yang sama mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini sempena lawatan kerja itu.

AIM 2014 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai dari 8 hingga 10 April, bertujuan menggalakkan FDI dan peluang usaha sama awam swasta negara khusus dengan mengetengahkan potensi ekonomi.

Ahmad Fadil berkata syarikat pembinaan Malaysia yang berjaya di Dubai, Eversendai, dan syarikat dari Sarawak, termasuk dalam industri pembinaan dan makanan halal, adalah antara syarikat yang mengambil bahagian pada pameran pelaburan tahunan itu.

Selain AIM 2014, beliau berkata Muhyiddin juga dijadual mengunjungi Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Ahmad Fadil berkata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, dijadual merasmikan pavilion Malaysia, antara ruang pameran terbesar di GETEX 2014, pada Rabu, di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai.

Pavilion itu menampung 25 universiti awam dan swasta dan institusi pendidikan tinggi dari Malaysia, termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nottingham University Malaysia dan Sunway University, katanya.

Ahmad Fadil berkata memandangkan kos melanjutkan pelajaran sangat mahal di Dubai, ekspatriat yang tinggal di Dubai seperti dari Pakistan dan India, boleh menghantar anak mereka belajar di Malaysia.

"Lazimnya di GETEX, siri temu duga dan permohonan (belajar di Malaysia) akan dilakukan," katanya.
Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi pejabat Dubai menyertai GETEX sejak 2014 bagi mempromosi pendidikan tinggi di Malaysia.

Antara 25,000 dan 27,000 penuntut dari Asia Barat dianggarkan melanjutkan pelajaran di Malaysia pada masa ini, katanya.

Di GETEX 2014, Muhyiddin dijadual menerima kunjungan Menteri Kebudayaan, Pembangunan Belia dan Masyarakat Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Saintifik UAE Sheikh Hamdan Mubarak Al Nahyan dan Menteri Pelajaran Humaid Mohammed Al Qatami.

Ahmad Fadil berkata Muhyiddin juga akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam pendidikan tinggi dengan rakan sejawatannya, Sheikh Hamdan.

Sempena lawatan itu juga, Muhyiddin akan menemui profesional Malaysia yang bekerja di UAE, dengan seramai 280 profesional dijangka menghadiri sesi itu pada Jumaat.

"Profesional Malaysia adalah antara yang dipandang tinggi atas tahap profesionalisme dan disiplin mereka," katanya.

Terdapat seramai 5,000 profesional Malaysia pegawai bank dan jurutera minyak dan gas, antara lain kini menetap di UAE, sebahagian besarnya di Dubai dan Abu Dhabi.

Ahmad Fadil berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan UAE sudah mencapai tahap persahabatan baharu menerusi pertukaran lawatan berkala tahap tinggi.

"Kedua-dua negara sudah mencatat kejayaan dalam pelbagai bidang berkepentingan dan memberi manfaat bersama. UAE turut membantu kita dalam mencari dan menyelamat MH370 (pesawat)," katanya.

UAE ialah rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah tahun lepas dengan dagangan bernilai USD8.81 bilion, peningkatan 9.7 peratus berbanding USD8.03 bilion pada 2012.
Tags / Kata Kunci: Dubai , Muhyiddin Yassin , GETEX 2014 , AIM , FDI

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan