Premis Jual Tudung Fareeda Tiruan Diserbu

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 6:36 PM

KPDNKK merampas sebanyak 1,225 helai tudung jenama Fareeda dengan anggaran nilai RM77,065.00.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Enam premis perniagaan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor diserbu bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kerana menjual tudung tiruan menggunakan jenama Fareeda.

Ketua Pengarah Penguatkuasaan, Roslan Mahayudin berkata, dalam serbuah itu sebanyak 1,225 helai tudung dengan anggaran nilai RM77,065.00 disita.

"Serbuan dibuat pada 20 Mac dan 3 April lepas susulan aduan daripada Fareeda Global Resources Sdn Bhd yang rekaan tudung milik syarikat itu telah ditiru dan dijual secara berleluasa menerusi laman sosial facebook," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata, rekaan yang dirampas itu ialah model 'Fareeda Aisya' dan 'Fareeda Mariya' yang dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.

Kes kini disiasat di bawah seksyen 41(1)(b) Akta Hakcipta 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM2,000, maksimum RM20,000 bagi setiap salinan atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah Urusan Fareeda, Amiruddin Basirron berkata aktiviti tiruan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu menyebabkan syarikat kerugian hampir RM1juta.

"Syarikat kami mula mengesan perbuatan itu sejak 2010 lagi, memandangkan kegiatan tersebut kian berleluasa, memaksa syarikat membuat aduan kerana tidak mahu pengguna terus ditipu" katanya.

Tags / Kata Kunci: Fareeda , KPDNKK , Tudung Tiruan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan