Pembinaan Pakej 1B Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai Bermula

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 9:05 AM

Tan sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Mustapha Mohamed dan Datuk Fadillah Yusof ketika melawat tapak pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pembinaan projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai bagi pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini bermula Isnin, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Beliau berkata projek sepanjang tujuh kilometer itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, iaitu pada April 2017.

"Pakej 1B ini akan melibatkan pembinaan enam jambatan, dua persimpangan lampu isyarat dan dua jejambat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan di sini.

Makhtar berkata bagi pakej seterusnya sedang dalam peringkat penyediaan reka bentuk dan akan dimulakan setelah selesai pembinaan pakej 1B.

Pakej 1B tersebut yang melibatkan kos RM168.5 juta, merupakan pakej pertama daripada tiga pakej pembinaan Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai sepanjang 73.5km dengan anggaran kos RM1.8 bilion.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa lepas merasmikan majlis pecah tanah projek lebuh raya itu bagi pakej 1B berkenaan di Tiong di sini.

Tags / Kata Kunci: Kota Baharu , Kuala Krai , Kelantan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan