Najib Cadang 'Jambatan Persahabatan' Malaysia-Singapura

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 8:44 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong ketika mengadakan sidang media bersama di Putrajaya pada Isnin sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kelima. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mencadangkan pembinaan 'Jambatan Persahabatan' untuk menambah baik rangkaian jalan dan menjadi simbol persahabatan yang semakin berkembang antara Malaysia dan Singapura.

Cadangan itu adalah inisiatif jangka panjang yang akan membabitkan perbincangan meliputi pelbagai aspek serta kajian mendalam yang perlu dijalankan bersama-sama oleh kedua-dua negara, kata beliau.

Najib berkata demikian dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di sini.

"Saya ingin menegaskan bahawa ini adalah inisiatif jangka panjang, dengan mengambil kira rangkaian jalan menghubungkan Malaysia dan Singapura.

"Saya mencadangkan pembinaan Jambatan Persahabatan yang sudah pasti akan mempertingkat rangkaian jalan, memperbaiki persekitaran di samping mewujudkan hubungan lebih kukuh antara kedua-dua negara dan (menjadi) simbol persahabatan yang semakin berkembang antara kedua-dua negara kita," kata Najib.

Pembinaan jambatan yang akan menjadi rangkaian perhubungan baharu juga adalah satu daripada cara untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di seberang tambak dan melancarkan perjalanan antara kedua-dua negara.

Lee berkata antara faktor yang perlu dikaji adalah kapasiti trafik dan tempoh masa pemprosesan di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

"Buat masa sekarang, tumpuan adalah untuk meperbaiki aliran trafik di CIQ kerana pada waktu pagi, trafik memasuki Singapura. Saya fikir kenderaan yang beratur itu terlalu panjang, ia mengambil masa dua jam.

"Kami sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan di CIQ,. Untuk jangka panjang, saya dapat membayangkan dan meramalkan, kita perlu memperluas jalan yang menjadi penghubung di seberang Tambak Johor dan kita harus mengkaji sekarang bagaimana kita dapat membangunkannaya, untuk jangka panjang, jalan penghubung baharu itu," katanya.

Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura merupakan platform bagi pemimpin kedua-dua negara untuk mengkaji kerjasama dua hala.

Pemukiman diadakan secara bergilir oleh Malaysia dan Singapura dan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk mengkaji dan membincangkan inisiatif baharu dan kerjasama selanjutnya yang dapat memperkukuh hubungan dua hala.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan