Najib Adakan Pertemuan Dengan PM Singapura

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 1:45 PM

Najib bersama Lee Hsien Loong ketika mengadakan pertemuan sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kelima di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Singapura Lee Hsien Loong sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kelima di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di sini Isnin.

Satu mesyuarat perwakilan akan diadakan selepas pertemuan itu, sebelum sidang akhbar bersama oleh kedua-dua Perdana Menteri.

Mesyuarat itu dijangka membincangkan projek kereta api laju antara Singapura dan Kuala Lumpur dan Rapid Transit System Johor Bahru-Singapura. 

Dalam satu kenyataan Wisma Putra berkata pemukiman itu merupakan satu platform untuk kedua-dua pemimpin meneliti hubungan dua hala yang wujud antara kedua-dua negara.

Pemukiman itu merupakan perbincangan peringkat tertinggi yang memberikan ruang bagi pemimpin-pemimpin kedua negara untuk meneroka dan membincangkan inisiatif-inisiatif baru dan kerjasama selanjutnya.

Mesyuarat terakhir berlangsung di Singapura Februari tahun lepas.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan