Misi MH370 Diteruskan Pada Hari Ke-31

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

PERTH: Misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang memasuki hari ke-31 hari ini membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal yang dijangka menerokai kawasan seluas 234,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Pasukan mencari dijangka menjejaki isyarat denyut yang dikesan tiga kali oleh dua kapal beberapa hari lepas, yang mana pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan sama ada isyarat itu dari kotak hitam pesawat itu.

Kapal Australia, Ocean Shield, dan kapal China, Haixun 01, mendakwa mengesan isyarat itu dengan frekuensi 37.5 kHz, sama seperti isyarat yang dipancarkan oleh kotak hitam.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan di sini hari ini berkata cuaca baik dijangka sepanjang hari manakala hujan pada sebelah tengah hari diramal berlaku di kawasan pencarian.

JACC berkata Ocean Shield masih meneruskan siasatan di kawasannya manakala sebuah lagi kapal Australia, HMS Echo dalam perjalanan membantu Haixun 01.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.

Pasukan pelbagai negara pada mulanya mencari pesawat itu di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya, selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan, di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Susulan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Pada 24 Mac, iaitu 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". 


Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , KLIA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan