Laporan Audit 2013 Lebih Baik - PAC

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 4:36 PM

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyifatkan Laporan Ketua Audit Negara Siri Satu 2013 adalah lebih baik berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penubuhan jawatankuasa khas di bawah kelolaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) sedikit sebanyak memberikan hasil kepada pembaikan itu.

"Walaupun baru ditubuhkan pada tahun lalu, namun ia telah menunjukkan hasil yang positif.

"Mereka yang berkhidmat dalam jabatan kerajaan lebih berhati-hati dan takut kerana mereka sentiasa diawasi.

"Jika (mereka) tidak melakukannya dengan baik, kerajaan akan mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat PAC berhubung pembentangan Laporan Ketua Audit Negara berkenaan di Parlimen di sini, Isnin.

Sementara itu, Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, hasil rumusan Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati 71 peratus audit membabitkan penambahbaikan, peraturan, prosedur dan proses kerja.

"Manakala 29 peratus daripada kajian audit melibatkan penyelewengan, penyalahgunaankuasa dan salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas.

"Laporan Ketua Audit Negara tahun lepas (2012) mendapati banyak isu timbul melibatkan isu-isu kerja dan bukannya isu ketirisan atau salah laku," katanya.

Menurut Nur Jazlan, daripada 29 peratus kes salah laku itu 121 kes telah dibawa untuk tindakan primitif, 92 kes selesai, dan 29 kes masih dalam tindakan kerajaan.

"Daripada jumlah kes yang disebut itu, seramai 152 orang dipanggil, 76 orang diputuskan hukuman, seorang dibuang kerja, 41 orang telah disurcaj, dua orang didenda, 32 orang diberi amaran dan 36 orang lagi masih dalam prosiding tatatertib," katanya.

Tags / Kata Kunci: Laporan Ketua Audit Negara , PAC , Nur Jazlan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan