Memancar Data Penerbangan, Kotak Hitam Terus Ke Bumi

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 8:55 AM

Kotak hitam pesawat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Memajukan teknologi baru bagi memudahkan pemancaran berterusan data penerbangan termasuk data kotak hitam langsung ke pusat data di bumi bukan sesuatu yang mustahil, kata beberapa orang pakar.

Mengambil perhatian bahawa idea itu telahpun dimajukan oleh beberapa penyelidik antarabangsa, Pengarah Pejabat Jaringan Industri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Prof Madya Dr Amir Akramin Shafie berkata idea itu kini hampir menjadi kenyataan. 

Malahan, kata beliau, beberapa syarikat penerbangsan kecil telahpun menggunakan sistem dipanggil 'AMS Blue box Reporting System' yang secara teknikal berfungsi sama seperti kotak hitam - hanya data dipancarkan secara langsung ke bumi. 

"Idea itu kini dibincangkan di kalangan para penyelidik setelah kemalangan pesawat Air France, tetapi oleh kerana wujud beberapan kendalaan, syarikat-syarikat penerbangan belum diwajibkan menggunakan sistem itu," katanya. 

Beliau mengulas gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Selasa lepas di Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia di Dubai, agar Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) memajukan teknologi yang dapat memudahkan pemancaran data penerbangan tepat masa. 

Dr Amir Akramin yang bertugas di Jabatan Kejuruteraan Mekatronik, IIUM berkata antara langkah yang menjadi halangan ialah saiz data, proses yang perlu dilalui, dan peruntukan besar kewangan yang terlibat. 

Dr Amir berkata dalam bidang di mana tidak terdapat kemudahan telekomunikasi terresterial (di bumi), data perlu dihantar menerusi satelit, yang bermakna melibatkan keperluan kewangan yang besar. 

"Jika ini dilaksanakan, saya bimbang (perbelanjaan) akan diserap ke dalam tiket penumpang," kata beliau.
 
Sebaliknya, jika pesawat boleh dihubungi dengan kemudahan telekomunikasi terresterial, ia akan tertakluk kepada dasar band spektrum tempatan, dikuatkuasa misalnya, oleh kementerian komunikasi dan multimedia sesebuah negara tempat pesawat itu terbang, kata Dr Amir Akramin. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Dr Noordin Ahmad yang sependapat dengan Dr Amir Akramin berkata satelit sama ada milik kerajaan atau komersial, boleh digunakan untuk mengendali pemancaran data tepat masa sekalipun ia melibatkan paket data yang besar. 

"Memang ada satelit yang hanya ambil paket kecil, dan ada yang boleh ambil yang besar-besar macam siaran langsung bola sepak...kalau dilihat dari perspektif teknologi, ia tak ada masalah untuk tingkatkan keupayaan dan tak ada masalah untuk ambil semua data," katanya. 

Noordin mengambil perhatian memandangkan ketika ini kerajaan tidak memiliki sateltit komunikasi, syarikat penerbangan tempatan terpaksa menggunakan satelit komersial.
 
"Dalam aspek ini, satu hal yang perlu diambil kira ialah soal amanah, seperti tidak akan berlaku pengintipan dsbnya, ia lebih kepada keselamatan dan sekuriti," kata beliau. 

Sementara itu, timbalan pengarah kanan Sektor Airworthiness Jabatan Penerbangan Awam, Idros Abd Rahman berkata selain menggunakan kotak hitam, beberapa syarikat penerbangan telah menggunakan 'data link' untuk pemancaran data tepat masa. 

Ini kebanyakannya digunakan oleh staf penyenggaraan bagi memantau sebarang kerosakan atau masalah sistem pada pesawat yang perlu dibaiki sebaik saja pesawat mendarat, kata beliau. 

Mengenai kapasiti purata data yang dapat disimpan kotak hitam bagi setiap penerbangan beliau berkata, 'beratus-ratus...dalam bentuk digital'.

Sehubungan ini, Malaysia akan menjadi hos bagi mesyuarat pakar-pakar ICT industri penerbangan bulan depan bagi mencari jalan membolehkan informasi dari kotak hitam disalurkan terus ke pusat data di bumi. 

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi ketika mengumumkan mesyuarat itu Jumaat lepas, berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan antara lain kesulitan yang dihadapi dalam operasi mencari pesawat MAS MH370 yang hilang berserta kotak hitamnya.
Tags / Kata Kunci: kotak hitam , MH370 , pakar penerbangan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan