Audit: CCTV Stadium Batu Kawan Rosak

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 7:03 PM

CCTV yang sepatutnya berfungsi sebagai alat pemantauan dan pengawalan keselamatan di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang didapati rosak pada kabel kuasa dan signal akibat kebocoran air di stadium itu.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebanyak 35 daripada 49 kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Batu Kawan, dekat sini, tidak berfungsi dan alat pemadam api di stadium berkenaan telah berusia lebih 10 tahun serta luput tarikh pengunaan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, CCTV yang sepatutnya berfungsi sebagai alat pemantauan dan pengawalan keselamatan itu didapati rosak pada kabel kuasa dan signal akibat kebocoran air di stadium itu.

Selain itu, dua daripada tiga monitor CCTV bagi tujuan pemantauan persekitaran juga tidak berfungsi dan kerosakan itu telah dilapor kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSN) sejak 2009 tetapi tiada tindakan diambil.

"Pada pendapat Audit, aspek keselamatan di stadium kurang memuaskan kerana penggunaan peralatan keselamatan yang tidak berfungsi dan tamat tempoh," menurut laporan itu.

Berdasarkan maklum balas MSN Pulau Pinang bertarikh 3 dan 15 Jan lepas, mendapati monitor CCTV tidak rosak dan berfungsi dengan baik sebaliknya kelonggaran hanya berlaku pada soket monitor dan ia telah dibaiki, manakala semua tong pemadam api telah diganti.

Laporan keseluruhan pengauditan yang dijalankan dari bulan Mac hingga Jun 2013 turut mendapati prestasi pengurusan penyewaan dan penyenggaraan Stadium Batu Kawan berada pada tahap kurang memuaskan.

Semakan Audit mendapati pengurusan tempahan stadium kurang teratur disebabkan pembayaran selepas penggunaan; pengurusan penyewaan tapak perlumbaan 'cub prix' tidak ditetapkan dan kadar sewaan stadium tidak seragam; kelemahan pengurusan terimaan; dan terdapat kerosakan kemudahan, peralatan dan persekitaran stadium.

Antara kerosakan yang dikesan ialah karpet di bilik VVIP, siling bocor, peralatan siaraya, pendingin hawa, keretakan di lantai stadium dan tanah mendap di tepi parit dalam stadium.

Laporan itu turut menegur kelemahan pemantauan oleh MSN Pulau Pinang yang menyebabkan prestasi kontrak pembersihan stadium di tahap kurang memuaskan dan bayaran penuh dibuat walaupun kekerapan kerja pembersihan tidak mengikut jadual yang dipersetujui.

"Pembayaran bulanan berjumlah RM11,000 masih dibuat sepenuhnya walaupun kerja pembersihan yang dijalankan kontraktor tidak meliputi semua kawasan yang ditetapkan dalam perjanjian," kata laporan itu.

MSN Pulau Pinang dalam maklum balasnya mengenai perkara itu memberitahu bahawa kontrak lama telah ditamatkan dan kontrak baharu bermula pada Februari lepas.

Selain itu, kadar sewaan gerai perniagaan di stadium itu lebih rendah daripada kadar yang dinilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), menyebabkan MSN Pulau Pinang kehilangan anggaran hasil berjumlah RM10,080 bagi tempoh setahun.

Kadar sewa yang dikenakan ialah RM120 sebulan termasuk bekalan air dan elektrik sedangkan kadar yang dinilai JPPH pada bulan Mei 2013 bagi tempoh dua tahun termasuk bekalan air dan elektrik ialah antara RM200 dan RM350 sebulan.

Sementara itu, laporan Ketua Audit Negara itu turut menegur pengurusan aktiviti Usaha Tarbiah (Pulau Pinang) Sdn Bhd (UTSB), syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Antara kelemahan yang ditegur ialah berkenaan tiga daripada lima program diploma hanya mendapat akreditasi sementara dari Agensi Kelayakan Malaysia; pengambilan penuntut kurang memuaskan; dan pensyarah tidak mempunyai permit mengajar.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan