Air Sungai Bertambah, Loji Rawatan Air Tingkat Pengeluaran

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 9:27 AM

air selangor
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa loji rawatan air (LRA) yang menggunakan sumber air mentah dari Sungai Selangor telah dan sedang meningkatkan pengeluaran air terawat masing-masing berikutan penambahan aliran air sungai ekoran hujan beberapa hari lalu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), loji berkenaan ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang.

"Bekalan air tambahan telah disalurkan Syabas ke kawasan terlibat dengan catuan, namun situasi ini bersifat sementara.

"Justeru itu, pengguna di kawasan terlibat dengan catuan digesa supaya sentiasa cermat dan membuat simpanan air mencukupi dari semasa ke semasa,"kata Syabas dalam kenyataan di sini.

Syabas juga menyatakan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memaklumkannya bahawa paras empangan Sungai Selangor masih lagi berada di paras rendah.

Sehubungan itu, pengguna di kawasan terlibat termasuk yang tidak terlibat dengan catuan disaran berhemat menggunakan air.

"Pengguna juga diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang semata-semata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakkan sistem paip agihan. Perbuatan ini melanggar Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi,"kata Syabas.

Pada masa sama, Syabas turut mengingatkan Badan Pengurus Bangunan (JMB) bagi kediaman bertingkat seperti flat dan kondominium supaya mengawal paras kolam simpanan air masing-masing sehingga mencapai paras yang stabil sebelum melepaskan air kepada penduduk.

Ini bagi membantu penduduk berkenaan menerima bekalan air mengikut tempoh yang dijadualkan.

Tags / Kata Kunci: Syabas , SPAN , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan