Rakyat Indonesia Di Malaysia Mengundi Ahad

Diterbitkan: Ahad, 6 April 2014 2:53 PM

PRU Indonesia

Petugas-petugas memeriksa status para pengundi pada Hari Panitia Pemilihan Luar Negeri Republik Indonesia di Pusat Informasi Pemilih 2014 di Kedutaan Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Indonesia di sini membuka tiga pusat pengundian bagi memudahkan kira-kira 400,000 rakyatnya yang berada di negara ini mengundi dalam pilihan raya umum negara itu pada Ahad.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno berkata, pusat terbabit dibuka di Kedutaan Indonesia, Sekolah Indonesia dan kediaman rasmi Duta Besar Indonesia bermula 9 pagi hingga 6 petang.

Beliau menyasarkan 100,000 rakyat Indonesia yang berada di negara ini mengundi kali ini dan pihaknya turut mewujudkan pusat pungutan undi di kawasan petempatan rakyat Indonesia di seluruh negara.

"Kami juga turut menyediakan 102 tempat untuk rakyat Indonesia di sini mengundi secara pos dan 'drop box' bagi mereka yang menghadapi kesukaran bergerak ke tiga pusat mengundi ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini.

Herwan berkata, dalam Pilihan Raya Umum Indonesia 2014 ini, buat pertama kali kerajaan Indonesia menggunakan dakwat kekal terhadap pengundinya.

Keberkesanan kaedah ini akan dinilai selepas ini, katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan