Pencarian MH370 Dipertingkat Untuk Kesan Isyarat

Diterbitkan: Ahad, 6 April 2014 12:21 PM

mh370

Imej yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) di Canberra, Australia pada Ahad menunjukkan tiga kawasan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi, barat Australia bagi lokasi pencarian pada Ahad dan sebelum ini. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PERTH: Usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi dipertingkat pada Ahad, hari ke-30 operasi, bagi menjejaki isyarat yang dikesan oleh sebuah kapal China pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), sebanyak 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal dikerah dalam misi pencarian MH370 pada Ahad.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) membahagikan pencarian kepada tiga kawasan dengan keluasan keseluruhan 216,000 kilometer persegi, di kedudukan 2,000 km barat laut Perth.

"Cuaca dijangka baik dengan ketinggian awan pada 2,500 kaki manakala jarak penglihatan melebihi 10 km," kata kenyataan itu.

Pada Sabtu, kapal Haixun 01 mengesan isyarat dengan frekuensi 37.5 kHz yang mungkin datang daripada kotak hitam pesawat tersebut.      

Dalam pada itu, JACC mengulangi bahawa isyarat yang dikesan oleh kapal China tersebut masih belum dapat disahkan.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan terus memperhalusi analisis data, kata JACC dalam kenyataan berkenaan.

Sementara itu media Australia, ABC24 memetik Menteri Pertahanan, David Johnston sebagai menggesa pihak yang terbabit dalam pencarian agar lebih berhati-hati susulan timbul banyak petunjuk palsu.

Penerbangan MH370 yang dikendalikan pesawat Boeing 777-200ER membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. 

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan