Tidak Seharusnya Wujud Tuduh-Menuduh Dalam Misi Mencari MH370 - Liow

Diterbitkan: Ahad, 6 April 2014 9:06 PM

Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar fail).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak seharusnya wujud tuduh-menuduh dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menyifatkan insiden itu sebagai 'misteri yang tidak pernah berlaku sebelum ini', Liow berkata kejadian itu lebih serius daripada bencana pesawat, menyaksikan bantuan rentas sempadan iaitu kerjasama serantau dan antara benua membabitkan laut dan udara oleh 26 negara.

"Ia tidak pernah merupakan operasi menyelamat hanya satu negara walaupun dari hari pertama, apabila banyak negara menawarkan bantuan kepada Malaysia dan negara yang secara sukarela menawarkan bantuan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sembahyang khas beramai-ramai untuk MH370 di Wisma MCA di sini hari ini anjuran MCA dengan kerjasama Persatuan Buddhist Malaysia.

Liow berkata Malaysia bersyukur negara yang terbabit dalam operasi mencari MH370 telah mengetepikan semua perbezaan untuk misi kemanusiaan itu. 

Semangat kemanusiaan dan keihsanan yang dipamerkan mengingatkan kita bahawa tanpa mengira perbezaan politik, kepercayaan dan negara, kita masih kekal sebagai satu bangsa - umat manusia, katanya. 
 
"Kejadian ini menyebabkan kita lebih menghargai kehidupan kita. Ia mengingatkan kita untuk lebih menyayangi diri kita, menghargai keluarga dan rakan-rakan kita.

"Dengan berat hati, kita masih lagi tetap berharap. Marilah kita menghadapi cabaran ini dan sama-sama berkongsi kesedihan serta dapat menghadapi kesukaran ini," katanya.

Upacara sembahyang itu turut dihadiri anggota keluarga penumpang MH370 dari Malaysia dan China dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Hui Kang dan kira-kira 300 penganut Buddha. 



Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Liow Tiong Lai , MH370

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan