MH370: Isyarat Dikesan 'Konsisten' Dengan Kotak Hitam

Diterbitkan: Ahad, 6 April 2014 10:40 AM

HAIXUN

Gambar kapal peronda China, Haixun 01 yang diambil pada Sabtu semasa melakukan pencarian pesawat MH370 yang hilang, di selatan Lautan Hindi. Gambar ihsan China News Service. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

PERTH: Isyarat yang dikesan oleh kapal peronda China yang mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi adalah "konsisten" dengan jenis yang dipancarkan dari kotak hitam pesawat, kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston yang mengetuai pencarian itu.

Agensi berita rasmi China, Xinhua pada Sabtu melaporkan bahawa pengesan kotak hitam di atas kapal China itu memperoleh isyarat pada frekuensi 37.5kHz.

Akustik peranti Beacon di dalam air yang melibatkan kedua-dua data perakam penerbangan dan perakam suara kokpit MH370 berfungsi pada frekuensi itu, kata jurucakap Honeywell Aerospace, pengeluar kotak hitam bagi pesawat yang hilang, kepada AFP.

Ketua Laksamana Udara Angus Houston yang mengetui pusat penyelarasan agensi bersama bagi pencarian itu berkata, bentuk isyarat yang dilaporkan "adalah selaras dengan kotak hitam pesawat itu".

Beberapa objek putih turut dilihat terapung di permukaan air, kira-kira 90 kilometer dari kawasan pengesanan itu, yang katanya menurut satu kenyataan JACC.

Beliau bagaimanapun memberi amaran: "Tiada pengesahan pada peringkat ini bahawa isyarat dan objek berkaitan dengan pesawat yang hilang."

JACC dalam satu kenyataan pada Ahad, ia mengulangi bahawa isyarat itu belum disahkan.

Sebanyak 10 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 kapal yang melakukan pencarian di kawasan 217,000km persegi di perairan kira-kira 1,700 km barat laut Perth, Australia, hampir sebulan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing. - AFP

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan