Umno Kelantan Akan Bawa Isu Hukum Hudud Kelantan ke Mesyuarat MT Umno

Diterbitkan: Ahad, 6 April 2014 7:47 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan) bersalaman dengan warga pendidik ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Ihsan Anggota Pendidik Kelantan Jabatan Pendidikan Kelantan Kali Ke-15 Tahun 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli pada Ahad.Turut sama Pengarah Pendidikan Kelantan Hussain Awang (kanan). -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

JELI: Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan oleh MT Umno sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Jelasnya, rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.
 
"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Badan Ihsan Anggota Pendidik Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli di sini pada Ahad.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan