Sabah Beri Jaminan Selamatkan Warga China Diculik

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 11:31 PM

Gao Huayun

Gao Huayun.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Sabah memberi jaminan akan melakukan yang terbaik bersama pihak berkuasa tempatan bagi menyelamat warga China yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah pulau di Semporna, Sabah pada Rabu lepas. 

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang di sini, bagi menjelaskan situasi yang berlaku dan usaha yang dilakukan bagi mengesan kumpulan penculik itu.

Turut hadir Presiden Persahabatan Sabah Ma-Zhong Dr Oh Ei Sun.

"Kami juga menzahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku dan berharap kejadian ini tidak akan menjejaskan kehadiran pelancong, dari dalam dan luar negara terutamanya China ke Sabah," katanya.

Phang berkata dalam perjumpaan itu, Dr Huang meminta supaya insiden itu dapat diselesaikan dengan segera selain menyarankan kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan diperketatkan.

Sementara itu, Oh berkata persatuan itu bersedia memberikan kemudahan kepada anggota keluarga mangsa sekiranya mereka memutuskan untuk datang ke sini.

Rabu lepas, pelancong dari China Gao Huayun, 29, dan pekerja resort Singgahmata Adventures Reef and Resort, Marcy Darawan@Mimi, 40, diculik dari resort itu pada 10.30 malam oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata.

Resort atas air dengan 60 bilik itu, yang beroperasi sejak lebih 10 tahun lepas, terletak kira-kira dua batu nautika dari pekan Semporna.

Kejadian penculikan itu merupakan yang kedua berlaku di Semporna dalam tempoh lima bulan.

Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak manakala isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan