Penculik Tidak Akan Mengapa-Apakan Tahanan - Bekas Tebusan

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 11:24 AM

Pasukan polis Filipina melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal di Kampung Indanan, selatan Filipina selepas dua orang wanita diculik kumpulan lelaki bersenjata dipercayai kumpulan Abu Sayyaf. -foto EPA

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Kumpulan lelaki bersenjata yang menculik dua wanita  dari resort Singgahmata di sini mungkin melayan tawanan mereka dengan baik, demikian kata bekas tebusan Abu Sayyaf, Kua Yu Loong.

Beliau berkata tebusan dianggap 'komoditi' dan penculik mahu memastikan tidak ada perkara yang membahayakan mereka.

Apa yang mereka mahu adalah wang tebusan.

Kua, yang merupakan antara 15 lelaki dan lima wanita yang dibawa lari dari Sipadan oleh lelaki bersenjata daripada kumpulan pemisah Filipina 14 tahun lalu berkata penculik sentiasa memastikan tawanan mereka tidak dianiaya.

Kua, 38, adalah seorang tukang masak di sebuah resort di Sipadan apabila lelaki bersenjata menculiknya pada 23 April 2000.


Kua Yu Loong

Semua tebusan telah dibebaskan pada 20 Ogos pada tahun yang sama selepas menghabiskan masa selama enam bulan di dalam hutan di pulau Jolo selatan Filipina.

Mengimbas pengalaman diculik, beliau berkata kumpulan lelaki bersenjata mengangkut dia dan tawanan lain menggunakan dua buah jongkong atau bot panjang.

"Kami telah dibawa lari dari Sipadan pada kira-kira jam 8 malam pada 23 April dan tiba di tempat yang akhirnya saya dapat tahu sebagai pulau Jolo pada kira-kira pukul 7 malam pada hari berikutnya," katanya.

Beliau berkata kumpulan lelaki bersenjata akan mengelak dari laut terbuka untuk mengelakkan pasukan keselamatan dan berpindah dari pulau ke pulau supaya tidak dikesan.

"Mereka memberikan kami makanan yang ringkas, seperti sardin atau ikan garam dan nasi. Empat daripada kami terpaksa berkongsi satu tin kecil sardin," katanya ketika ditemui di kedai kopi yang dibukanya di pekan di pantai timur Sabah kira-kira setahun selepas dibebaskan.

"Melarikan diri adalah satu idea yang tidak bernas kerana anda berada di tempat yang asing dan di kalangan orang yang berbeza," katanya.

"Keutamaan saya adalah untuk terus sihat dan mahu terus hidup," tambah Kua.

Beliau berkata jika Gao boleh bercakap bahasa Inggeris, dia akan dapat bercakap dengan orang yang menangkapnya kerana sebahagian daripada mereka bercakap bahasa itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan