MH370: Kapal Peronda China Kesan Isyarat Di Kawasan Pencarian

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 8:24 PM

Sebuah kapal peronda China berjaya mengesan satu isyarat di selatan Lautan Hindi.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sebuah kapal peronda China, Haixun 01, yang menyertai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut agensi berita itu, isyarat itu dikesan pada  frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat. 

"Alat pengesan kotak hitam yang digunakan oleh Haixun 01 mengesan isyarat detik itu kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longtitud timur.

"Tetapi belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan pesawat yang hilang," kata Xinhua dalam laporan dua perenggan itu.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston berkata, beliau masih belum menerim laporan berhubung isyarat dan memberi amaran bahawa ia mungkin bukan dari MH370.

"Ini bukan kali pertama kita menjumpai petunjuk tetapi akhirnya ia bertukar menjadi sesuatu yang mengecewakan.

"Saya hanya akan menunggu (Ketua JACC) Angus (Houston) dan pasukannya dan juga pasukan saya untuk tampil dengan sesuatu yang positif kerana tugas ini amat sukar," katanya kepada stesen televisyen ABC.

Agensi berita itu turut melaporkan sebuah pesawat tentera udara China ternampak beberapa objek berwarna putih terapung di kawasan pencarian pada Sabtu.

Pesawat itu turut merakam gambar objek tersebut selama 20 minit selepas ia dijumpai pada pukul 11.05 pagi waktu tempatan.

Seorang juruterbang warga Australia yang berada dalam pesawat itu melaporkan maklumat itu kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia yang menyelaras operasi mencari pelbagai negara di selatan Lautan Hindi. 

Pesawat itu yang berlepas pada pukul 6.04 pagi, merupakan yang pertama meninggalkan lapangan terbang antarabangsa Perth pada Sabtu untuk operasi mencari pesawat MH370.

Ia tiba di kawasan pencarian, kira-kira 2,700 kilometer dari Perth, pada pukul 9.55 pagi.

Misi pencarian sukar akibat keadaan cuaca yang mendung dan gelombang setinggi satu hingga dua meter.

Pesawat itu kembali ke lapangan terbang kira-kira pukul 2.20 petang.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan