Kabinet Arah Esscom Tingkat Tahap Kesiapsagaan - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 1:32 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tertarik dengan seni jahitan yang dihasilkan oleh pelajar ketika melawat gerai pameran selepas merasmikan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Ledang di Tangkak, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Kabinet mengarahkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meningkatkan tahap kesiapsiagaan, pengawasan dan perisikan ekoran masih berlaku kejadian jenayah di perairan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memandang serius berulangnya kejadian jenayah dengan terbaharu insiden penculikan dua wanita termasuk seorang warga China di sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, Rabu lepas.

"Kita pandang berat tentang isu yang telah berulang kali berlaku apa lagi selepas Esscom ditubuhkan, ia masih terus berlaku.

"Kita sedar kawasan ini bukan mudah untuk dikawal kerana pantainya luas dan berhampiran pulau-pulau di bawah jagaan Filipina," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Ledang di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian penculikan di Sabah walaupun dengan kewujudan Esscom.

Muhyiddin berkata Esscom akan dipanggil memberikan taklimat khusus pada mesyuarat Kabinet akan datang berhubung keupayaannya menghadapi ancaman jenayah.

"Mesyuarat jemaah menteri semalam memutuskan kita teliti struktur perintah yang ada di Esscom kerana di situ ada agensi seperti tentera, polis dan penjawat awam.

"Di samping itu apa aset atau alatan ketenteraan seperti bot dan helikopter, ini kita akan teliti, jadi kita panggil Esscom beri taklimat," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Esscom diminta memberi maklumat kepada masyarakat khususnya pengusaha resort dan pelancong mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika berada di kawasan berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata tindakan mengesan mangsa masih diteruskan pihak berkuasa.

Katanya beliau berharap mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan dibebaskan penjenayah.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan