199 Individu Terima Darjah Kebesaran Pahang

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 5:29 PM

GEMBIRA... Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (dua, kiri) berkenan beramah-mesra dengan para penerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia-Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Seramai 199 orang pada Sabtu menerima anugerah darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-83, pada 24 Oktober tahun lepas.

Anugerah disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam satu istiadat di Istana Abu Bakar di sini.

Mendahului senarai penerima ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Sr Noor Hisham Abdullah yang dikurniakan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima SSAP lain ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene; Pengerusi Eksekutif Kumpulan 3A International, Anuar Abdul Aziz dan Pengarah Sonstar Engineering Works Sdn Bhd, Lim Chen Tong.

Pada istiadat itu juga, 11 orang dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Pengarah Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki; Setiausaha Agung, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alexander Soosai G.Susiappan dan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.

Sementara itu, sebanyak 103 penerima dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DIMP ialah Ketua Pengarah Imigresen, Aloyah Mamat; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Dr Hasrul Sani Mujtabar; Pengarang Utusan Malaysia, Mohd Hassan Mohammed Noor; Pengarang Kosmo, Baharom Mahusin dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Pahang, Abdul Wahab Mohamad Ali.

Seorang penerima dikurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) iaitu Roslan Ramli.

Selain itu, 10 orang menerima darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), 18 penerima darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 26 penerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), lima penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan 10 penerima Pingat Jasa Kebakitian.

Dalam pada itu, empat petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) biro Pahang dikurniakan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) bersama tujuh penerima lain.

Mereka ialah Nurazira Rashid, Zafri Razali, Zulfaidi Muhammad dan Khairatul Ainal Abdul Karim.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan