Pemuda Umno P.Pinang Minta LLM Turunkan Kadar Tol Motosikal Di Jambatan Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyelaraskan kadar tol motosikal (Kelas 0) di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kepada RM1.40, sama seperti kadar tol di Jambatan Pulau Pinang. 

Ketua pergerakan itu Rafizal Abd Rahim berkata kadar tol di jambatan baharu itu, yang 30 sen lebih berbanding di Jambatan Pulau Pinang, membebankan penunggang motosikal yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

LLM dan pemegang konsesi jambatan itu juga diharap dapat menimbang pemberian diskaun 20 peratus kepada pengguna berasal dari Pulau Pinang yang menggunakan jambatan baharu itu, katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Sebelum ini, LLM mengumumkan kadar tol bagi jambatan baharu itu ialah RM1.70 untuk motosikal (Kelas 0), RM8.50 untuk kereta, kecuali teksi dan bas (Kelas 1), RM30.50 untuk kenderaan dua gandar dan enam roda, kecuali bas (Kelas 2), RM70.10 untuk kenderaan tiga gandar atau lebih, kecuali bas (Kelas 3), RM8.50 untuk teksi (kelas 4) dan RM26.20 untuk bas (Kelas 5).
 
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, yang menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di bahagian pulau, ialah jambatan kedua di Pulau Pinang.

Jambatan sepanjang 24 kilometer itu adalah yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Rafizal juga meminta LLM supaya segera menukar papan tanda tertera Jambatan Kedua Pulau Pinang kepada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perasmiannya pada 1 Mac lepas.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan