Pusat Media Tragedi MH370 Di PWTC Akan Ditutup Mulai 8 Apr

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini akan dihentikan mulai 8 April - kurang lebih sebulan selepas ia beroperasi tanpa henti sejak pesawat itu hilang 8 Mac lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan pada Jumaat, hari terakhir pusat itu beroperasi ialah 7 April.

Kenyataan itu berkata keputusan menghentikan operasi pusat media berkenaan dipersetujui dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Teknikal.

"Semua kenyataan akhbar (jika ada) mulai 8 April, akan dihantar melalui e-mel secara terus kepada media melalui alamat e-mel yang diberi kepada pusat media itu.

"Sekiranya terdapat keperluan untuk mengadakan sidang akhbar, jemputan akan dihantar kepada media melalui notis sewajarnya," kata kenyataan itu.

Sidang media harian diadakan di PWTC sejak 23 Mac, selepas pusat media di Hotel Sama-Sama berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, ditutup berikutan komitmen hotel itu terhadap tetamunya yang mempunyai kaitan dengan Grand Prix Formula One Malaysia, minggu lepas.

Pusat media itu dikendali Jabatan Penerangan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sejak hari kedua pesawat MH370 dilapor hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Wakil 48 media tempatan dan lebih 100 media asing membuat liputan mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat itu sejak 9 Mac lalu.


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan