Khairy Selar Dakwaan Anwar Mengenai Kehilangan MH370

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 11:16 PM

kj anwar

Khairy (kiri) menyelar dakwaan Anwar (kanan) berhubung kehilangan pesawat MH370.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370.

Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa Kerajaan mungkin "bersubahat" terhadap apa yang berlaku kepada pesawat itu merupakan satu kenyataan tidak berasas.

"@anwaribrahim membayangkan pihak berkuasa Malaysia bersubahat dalam #MH370 adalah tidak berasas yang dilihat sebagai serangannya," katanya menerusi akaun Twitter miliknya, @Khairykj.

"Kita bukan berada dalam negara yang dilanda peperangan. Ini merupakan pesawat awam yang keluar dari ruang udara kita, bukannya pesawat yang tidak dikenal pasti menghampiri negara kita dari luar negara.

"MH370 mengikut laluan komersial biasa, dan pesawat awam sering bertukar laluan tanpa dipintas oleh jet.

"Kenyataan tidak berasas @anwaribrahim di peringkat antarabangsa semestinya tidak wajar dan tidak membantu dalam usaha mencari (pesawat)," tambah Khairy.

Pada Jumaat, Anwar mendakwa Kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai MH370, dengan memberitahu Daily Telegraph bahawa rangkaian radar Malaysia, yang mana peruntukannya telah diluluskan oleh beliau ketika menjadi Menteri Kewangan pada 1994, terdapat kemungkinan perubahan pada laluan MH370.

Beliau berkata, "ia bukan sahaja tidak boleh diterima, tetapi tidak mungkin, tidak boleh dilakukan" mengenai MH370 boleh terbang merentasi empat negara tanpa dikesan, sambil menambah bahawa beliau percaya kerajaan "lebih tahu daripada kita semua."

"Kita tidak secanggih Amerika Syarikat atau Britain tetapi kita masih mempunyai kapasiti untuk melindungi sempadan kita," katanya.

Penerbangan MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200 membawa 239 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi 8 Mac dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika melalui Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" dan misi pencarian melibatkan banyak negara diteruskan di kawasan itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan