Kes Culik Di Semporna: Sabah Sedia Hadapi Penurunan Dalam Pelancongan

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 5:29 PM

Sipadan

Kawasan menyelam yang terkenal di Sipadan.

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Sabah bersedia menghadapi penurunan dalam pelancongan terutama bagi mereka yang berminat untuk menyelam, berikutan kes penculikan dua wanita di Singamata Reef Resort pada Rabu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar negeri, Datuk Pang Yuk Ming berkata, kesan daripada kes penculikan Gao Hua Yuen, 29, dari Shanghai dan pekerja resort Marcy Darawan @ Mimi, 40,  oleh enam lelaki bersenjata pada pukul 10.30 malam di resort itu akan dirasai dalam beberapa minggu akan datang.

Pada Jumaat, bot-bot pelancong masih dilihat menuju dari bandar Semporna untuk ke kawasan menyelam di pulau-pulau terkemuka seperti Sipadan, Mabul dan Kapalai.

Pang berkata, kejadian itu diburukkan lagi dengan keadaan di mana resort dan pengendali menyelam melaporkan terdapat pembatalan tempahan, terutama dari China, berikutan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Satu resort sahaja melaporkan adanya 300 pembatalan selepas kehilangan MH370 ," katanya.

"Dengan kejadian terbaharu itu akan memberi kesan secara langsung terhadap resort di seluruh Semporna," kata Pang, sambil menambah bahawa pelancong terpaksa menempah enam hingga lapan bulan lebih awal untuk tinggal di kebanyakan resort menyelam dekat sini.

"Mereka yang telah membayar untuk penginapan mungkin akan meneruskan perjalanan mereka tetapi mereka yang hampir untuk mengesahkan tempahan mungkin akan mengubah fikiran mereka," kata Pang.

Beliau berkata, penculikan itu bukan sahaja akan menjejaskan ketibaan dari China tetapi pelancong dari negara-negara lain, kerana "Sipadan juga terkenal di tempat-tempat lain seperti Australia dan Eropah."

Dalam hal ini, beliau berkata, jawatankuasa pengurusan krisis untuk sektor pelancongan negeri ditubuhkan selepas pencerobohan kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Lahad Datu dan Semporna pada tahun lepas yang kini menumpukan perhatiannya kepada jangkaan penyusutan dalam ketibaan pelawat.

"Kita perlu melihat bagaimana kita boleh mengatasi keadaan ini. Hanya masa akan menentukan.

"Walaupun semua ini berlaku, saya tetap yakin kerana sektor pelancongan kita menunjukkan ia berdaya tahan," tambah Pang.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan